Pada 17 Mei 2013, telah bermula Karnival Kerjaya, Kemahiran & Perniagaan atau lebih dikenali dengan KEPAK. Ia nya di adakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.
|
Pintu masuk utama Plaza Angsana |
|
Plaza Angsana Johor Bahru |
Program KEPAK ini adalah satu program pembangunan modal
insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor iaitu meningkatkan
taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Secara ringkasnya, ianya merupakan
satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan
agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha
mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu
dan berkesan.